TeNtAnG Budak Nakal

My photo
rasa,taman keruing, selangor, Malaysia
saya ni x hensem sangat la sederhana je.

jam

selamat datang ke blog budak nakal

Thursday 31 December 2009

Nikmat Iman Dan Islam

Futur ataupun terhenti dalam menjalankan aktiviti dakwah; menyeru kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran, sudah seringkali kita dengar dan lihat dengan mata dan telinga kita sendiri.

Begitulah keadaan para pendakwah masa kini, ia bukan fantasi tetapi realiti yang sedang dan akan terus terjadi. Ya memang benar, keinginan, semangat dan kekuatan kita akui kadang-kala turun dan kadang-kala meningkat.

Begitu juga dengan iman kita, sepertimana yang dikatakan oleh Imam Bukhari dalam sebuah riwayat, beliau berkata, “Iman adalah perkataan dan perbuatan, boleh bertambah dan boleh berkurang.”

Imam Ahmad pernah ditanya tentang makna bertambah dan berkurangnya iman? Kemudian beliau menjawab dengan menukilkan ucapan dengan sanadnya sampai kepada ‘Umair bin Hubaib, dia berkata:

“Jika kita ingat Allah, memuji-Nya, bertasbih kepada-Nya, maka demikianlah bertambahnya. Dan jika kita lalai, melupakan-Nya, menyia-nyiakan-Nya maka itulah berkurangnya” - (Aqidatus-Salaf wa Ashabul-Hadis, hlm:265-266)

Memang benar iman boleh bertambah dan berkurang, tetapi untuk berhenti terus dari melakukan dakwah adalah perkara yang amat mendukacitakan. Sesungguhnya manusia diciptakan adalah untuk menjadikan khalifah di bumi. Dan sebagai khalifah salah satu tugasnya ialah menyampaikan risalah tauhid, menyeru kepada kebaikan, dan mencegah perkara-perkara yang mungkar.

Firman Allah,

“Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang ma'ruf dan mencegah dari yang munkar; merekalah orang-orang yang beruntung.” (al-Imran 3:104)

Kita akui bahawa aktiviti dakwah ini bukanlah sesuatu yang mudah. Pelbagai rintangan dan tribulasi akan mendatang bagi memadam aktiviti dakwah ini dari terus bersinar. Perkara ini pernah diutarakan oleh Al-Imam Yusuf al-Qardhawi dalam sebuah artikel beliau yang bertajuk bertajuk kewajipan generasi muda islam hari ini.

Kata beliau, “Tanggungjawab ini semakin bertambah berat atas ahli dakwah, engkau akan mendapati rintangan-rintangan itu sehingga dalam rumah-rumahmu sendiri, mungkin engkau mendapati ayahmu, saudaramu, sahabat-sahabatmu atau manusia yang lebih dekat darimu yang akan menghalangmu dan mengatakan kepaFutur ataupun terhenti dalam menjalankan aktiviti dakwah; menyeru kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran, sudah seringkali kita dengar dan lihat dengan mata dan telinga kita sendiri.

Begitulah keadaan para pendakwah masa kini, ia bukan fantasi tetapi realiti yang sedang dan akan terus terjadi. Ya memang benar, keinginan, semangat dan kekuatan kita akui kadang-kala turun dan kadang-kala meningkat.

Begitu juga dengan iman kita, sepertimana yang dikatakan oleh Imam Bukhari dalam sebuah riwayat, beliau berkata, “Iman adalah perkataan dan perbuatan, boleh bertambah dan boleh berkurang.”

Imam Ahmad pernah ditanya tentang makna bertambah dan berkurangnya iman? Kemudian beliau menjawab dengan menukilkan ucapan dengan sanadnya sampai kepada ‘Umair bin Hubaib, dia berkata:

“Jika kita ingat Allah, memuji-Nya, bertasbih kepada-Nya, maka demikianlah bertambahnya. Dan jika kita lalai, melupakan-Nya, menyia-nyiakan-Nya maka itulah berkurangnya” - (Aqidatus-Salaf wa Ashabul-Hadis, hlm:265-266)

Memang benar iman boleh bertambah dan berkurang, tetapi untuk berhenti terus dari melakukan dakwah adalah perkara yang amat mendukacitakan. Sesungguhnya manusia diciptakan adalah untuk menjadikan khalifah di bumi. Dan sebagai khalifah salah satu tugasnya ialah menyampaikan risalah tauhid, menyeru kepada kebaikan, dan mencegah perkara-perkara yang mungkar.

Firman Allah,

“Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang ma'ruf dan mencegah dari yang munkar; merekalah orang-orang yang beruntung.” (al-Imran 3:104)

Kita akui bahawa aktiviti dakwah ini bukanlah sesuatu yang mudah. Pelbagai rintangan dan tribulasi akan mendatang bagi memadam aktiviti dakwah ini dari terus bersinar. Perkara ini pernah diutarakan oleh Al-Imam Yusuf al-Qardhawi dalam sebuah artikel beliau yang bertajuk bertajuk kewajipan generasi muda islam hari ini.

Kata beliau, “Tanggungjawab ini semakin bertambah berat atas ahli dakwah, engkau akan mendapati rintangan-rintangan itu sehingga dalam rumah-rumahmu sendiri, mungkin engkau mendapati ayahmu, saudaramu, sahabat-sahabatmu atau manusia yang lebih dekat darimu yang akan menghalangmu dan mengatakan kepadamu: “mengapa engkau berbuat demikian? Mahukah engkau dipenjara? Mahukah engkau ditangkap? Mahukah engkau diseksa? Mahukah engkau begini dan begitu?”

Namun, adakah kekangan-kekangan ini yang menjadikan kita berduka-cita? Tidakkah kita pernah terhibur dengan ganjaran-ganjaran besar yang pernah Allah tawarkan kepada mereka yang menyeru kebajikan dan mencegah kemungkaran?damu: “mengapa engkau berbuat demikian? Mahukah engkau dipenjara? Mahukah engkau ditangkap? Mahukah engkau diseksa? Mahukah engkau begini dan begitu?”

Namun, adakah kekangan-kekangan ini yang menjadikan kita berduka-cita? Tidakkah kita pernah terhibur dengan ganjaran-ganjaran besar yang pernah Allah tawarkan kepada mereka yang menyeru kebajikan dan mencegah kemungkaran?

Kesusahan itu hanyalah secebis dugaan, dan beruntunglah mereka yang mendapat dugaan dari Allah. Firman Allah,

“Apakah kamu mengira bahwa kamu akan masuk syurga, padahal belum datang kepadamu (cubaan) sebagaimana halnya orang-orang terdahulu sebelum kamu? Mereka ditimpa oleh malapetaka dan kesengsaraan, serta digoncangkan (dengan bermacam-macam cubaan) sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya: "Bilakah datangnya pertolongan Allah?" Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat.”

Tuesday 1 December 2009

BiOdAtA GuA

Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh ..
Nama aq Muhammad Afif Syakir ..
Panggil Syakir jerp ..
First skali,aq ucapkan thankz la sbb sudi tgk BLOG aq nie ..
Aq ni manusia biase jerp ...
Simple and cool ...
Xla baik dan x la jahat ... (Baik banyak,jahat sikit)
..
My Simple Details
>Nama aq korang tahu kan ? -AFIF SYAKIR- ..
>Panggil aq Syakir ..
>Umo aq 12 tawon ..
>Tawon ni aq prekse UPSR ..
>Doakanlah aq smoga brjye ..
>Dok kt Rasa Yang Taman Keruing Dan Permai -AREA KUALA KUBU BHARU-
>Hobi:Bukak Internet , Makan , Minom , Tidor,Dan Nonton TV

Friday 16 October 2009

~SaBaR dAn SaKiT ~

Aritu Ustazah aq ader bagi tazkirah sikit ..
Aq nak kongsi la ngan korang ..
Kiter perlu berkongsi kan ?
Nanti ilmu lagi byk ..Hiks ...
Tajuk tazkirah tuh Sabar Dan Sakit ..♥
Sabar nie ada 3 macam :
✔ Sabar Melakukan Perintah Allah
✔ Sabar Meninggalkan Larangan Allah
✔ Sabar Menghadapi Bencana
♥Jika kita sabar melakukan perintah Allah , kita dapat
300 darjat
♥Jika kita sabar meninggalkan larangan Allah , kita
dapat 600 darjat
♥Jika kita sabar menghadapi bencana , kita dapat
700 darjat ( Jadi , bersabarlah bagi saudara2
kita di Indonesia )
♥Sesiapa yang sakit satu hari dan dia reda kepada
Allah , dosanya akan hilang seperti bayi yang baru dilahirkan .
Erm ..Tu jer ler yg aq dgr ..Hiks .
Sekian terima kasih

HaYaTIlAh

editor : everjihadAku sudah terlelap kiranya. Tiba-tiba telefonku berbunyi. Ada mesej!"Dah tidur? Aku nak tanya sesuatu..." Pendek sahaja mesej itu.Jam sudah menunjukkan pukul satu pagi. Aku agak terkejut meneerima mesej dari dia.Mesej yang merangkumi pelbagai soalan dan tanda tanya. Dia masih seperti dulu.Sering saja melakukan perkara yang menimbulkan persoalan. Sifat itu masih ada rupanya dalam dirinya. Aku fikir dia sudah berubah sepenuhnya. Aku membalas mesejnya.Kami saling berbalas mesej buat sekian lamanya kami tidak berhubungan.Malam itu aku tidak dapat tidur dengan lena. Mesej dari kawan yang pernah aku akrab dulu. Dulu, kami memang berlainan jantina. Dia lelaki, aku perempuan.Takdir menempatkan kami berada dalam satu kelas.Aku diarahkan berpindah tempat duduk di belakangnya. Dia menegurku buat pertama kali. Aku masih ingat soalan yang diajukan. “Kau selalu clubbing?”Tidak pernah aku diajukan soalan seperti itu. Tetapi, aku segera mengerti.Pembawakan diriku mebuatku kelihatan seperti remaja yang terlalu sosial namun untuk menjejakkan kaki ke kelab malam agak mustahil bagiku.Aku tidak gemar akan suasana yang bising. Soalannya itu membuatku berasa tidak senang tentang dia. Namun, ada sesuatu antara kami yang merapatkan sekaligus menjadikan hubungan kami boleh digelar sahabat. Aku masih ingat lagi Fatin berkata pada Nurul,“Rina dengan Adam itu bagai isi dengan kuku, apa cerita Rina semua tahu.” Waktu itu Nurul bercerita tentang Adam pada aku dan Fatin. Cerita tentang keburukan Adam. Aku mendengar sahaja. Mungkin apa yang diceritakan Nurul itu betul. Adam boleh dikategorikan pelajar yang kurang berdisiplin. Ada sahaja peraturan sekolah yang dilanggarnya. Namun, prestasi akademinya sentiasa berada di tahap yang teratas. Dia pernah merangkul gelaran pelajar lelaki nombor satu dalam tingkatan. Itulah yang membuatku kagum terhadapnya.Biarpun dia nakal, tetapi dia masih ingin memenuhi hasrat kedua ibu bapanya. Denganku, dia tidak sombong. Kami banyak berkongsi cerita. Kami saling bergelak ketawa. Kami saling bantu-membantu. Kamilah penghibur di dalam kelas. Rakan-rakan sekelas mengerti tentang persahabatan kami yang bagai isi dengan kuku.Kedua-dua kami boleh dikatakan mempunyai perangai yang hampir sama, suka menyakat orang lain. Cuma ada sedikit perbezaan antara kami, tatkala dia merupakan pelajar harapan sekolah. Aku pula merupakan antara pelajar yang ketinggalan.Namun, dia tidak pernah menjadikan itu alasan untuk menjauhi aku.Mungkin ada yang negatif tentang dia. Kadang-kadang aku juga tidak senang dengan sikapnya yang mudah berlagak dengan kehebatan diri dan sering memandang rendah pada orang lain. Tetapi aku masih dapat menerimanya. Tidak semua orang sempurna.Sebaik manapun orang itu, pasti ada kelemahannya. Adam, sebelum mendapat tawaran di sekolah yang sama denganku, dia pernah bersekolah di sebuah sekolah agama selama tiga tahun. Aku pula hanya bersekolah harian biasa sebelum mendapat tawaran ke sekolah berasrama penuh kami. Adam seperti yang dijangka, pasti mempunyai pengetahuan agama yang banyak berbanding diriku. Secara tidak langsung, dia pernah juga memberi nasihat yang tidak terlalu formal kiranya pada diriku. Dia tahu aku tidak memakai tudung di luar.Dia tahu aku mempunyai teman lelaki. Dia tahu aku bukanlah seperti pelajar-pelajar wanita di sekolah agamanya dahulu. Aku remaja perempuan yang jahil tentang agama. Aku pelajar perempuan yang mempunyai pergaulan yang luas di luar sekolah. Dia tahu semua itu. Tetapi mengapa dia masih mahu berkawan denganku? Mungkin kami sama-sama tahu tentang pergaulan remaja di luar sekolah. Cuma pengetahuan dia tentang agama jauh lebih mendalam dariku. Itu yang berbeza tentang kami. Tidak sampai setahun aku bersekolah dan berkawan dengannya, aku mengambil keputusan memakai tudung sepenuhnya. Allah menyampaikan utusan melalui rakan-rakan di sekelilingku. Aku masih ingat pada suatu hari, aku, Adam dan rakan-rakan lain berborak-borak di dalam kelas. Tiba-tiba Adam bersuara, “Rina, apakata aku cabar kau supaya kau berpakaian menutup aurat dengan sempurna pada prep malam nanti?” “Maksud kau?” aku tidak begitu mengerti. “Maksud aku, kau memakai tudung labuh, stoking dan stoking tangan pada prep malam nanti.” “Mana aku nak cari tudung labuh dan barang-barang yang lain itu semua? Aku mana pernah ada.” Aku kehairanan. “Alah, kan ada juga pelajar sekolah ini yang bertudung labuh. Aku nak cabar kau tahu!” Adam mengangkat kening tanda dia bersungguh. “Apa yang aku dapat kalau aku sahut cabaran kau?” Aku berpendapat mesti ada habuannya. Kalau tidak, sia-sia sahaja aku menyahut cabaran itu. “Aku beri kau dua ringgit.” Adam tersengih. Dua ringgit saja? Aku punyalah susah nak cari barang-barang itu semua tetapi dua ringgit saja dapat. Aku hanya mencebik. “Tak cukup? Tak apa, kita tanya Fairul dan Hashim. Tengok mereka mahu ke tidak turut serta.” Adam menoleh kearah Fairul dan Hashim dan menyatakan tentang cabaran itu. Aku lihat Fairul dan Hashim tersenyum dan mengangguk-angguk. “Kami turut serta. Aku cabar kau dengan dua ringgit juga.” Fairul berkata.“Aku lagi tinggi dari kau dua orang. Aku cabar kau dengan tiga ringgit.” Hashim ketawa nakal. “Alahai, lebih seringgit saja. Nak bangga lebih-lebih pula.” Aku mengejek Hashim. Jadinya, kesemua cabaran itu bernilai tujuh ringgit. Sebenarnya, aku tidaklah mahukan tujuh ringgit itu. Tidak mungkin aku kemahuan dengan duit yang tidak sampai sepuluh ringgit itu. Yang pasti, sudah lama juga aku berasa untuk memakai tudung labuh macam wanita-wanita yang wara’ pakai. Cuma tiada kesempatan. Tidak mungkin aku mahu memakainya secara suka-suka. Pasti kenalanku akan kehairanan dengan penampilanku jika aku memakainya. Masakan tidak, sikapku yang agak gila-gila dan tidak begitu menjaga peribadi sebagai wanita timur mahu berpenampilan bertudung labuh. Memang suatu perkara yang paling pelik berlaku. Petang itu, selepas habis kelas. Aku terus sahaja meluru pulang ke asrama. Tujuanku hanya satu, mahu mencari pakaian-pakaian tersebut. Tudung labuh, stoking dan stoking tangan. Aku meminta bantuan rakan-rakanku untuk bertanya tentang pakaian-pakaian itu. Ramai juga yang mengetahui tentang cabaran itu. Semestinya aku menimbulkan konspirasi terutama dalam kalangan naqibah. Mereka tidak begitu menyetujui tindakanku yang seolah-olah mempermainkan agama dalam menyahut cabaran yang hanya sia-sia belaka. Tetapi hati kerasku berkata mahu meneruskan juga cabaran itu. Bukan untuk tujuh ringgit tetapi untuk merasa memakai pakaian yang menutup aurat dengan sempurna. Tidak pernah aku menutup aurat dengan sempurna selama aku hidup di bumi Allah ini. Jenuh juga hendak mencari tudung labuh di asrama aku. Akhirnya, aku berjumpa dengan salah seorang pelajar perempuan yang memang dikenali dengan wara’. Aini, orangnya semanis namanya. Kecil molek sahaja namun begitu lemah lembut apabila berkata-kata. Adam pernah juga bercerita tentang kekaguman dia tentang pengetahuan Aini dalam agama. Pertama kali, aku berborak dengan Aini untuk meminjam tudung labuhnya.Ternyata orangnya begitu peramah dan baik hati. Jauh sekali meleset anggapanku yang wanita-wanita bertudung labuh merupakan golongan yang tidak bercampur-gaul dengan orang ramai dan menyendiri. Aini ternyata seorang yang senang diajak berbicara dan ringan hati untuk memberiku pinjam tudungnya. Jauh di sudut hati, aku berasa tersentuh dengan kehalusan budi dan tutur katanya. Aku masih ingat lagi, tudung labuh milik Aini itu berwarna biru laut. Aku mengenakan tudung itu dengan baju kurung yang berwarna biru kehijauan. Aku lantas teringat kata-kata ustazahku ketika aku sekolah agama dahulu. “Nabi suka warna merah jambu, hijau, dan biru. Kenapa? Kerana merah jambu itu warna kuku kita, lidah kita dan bibir kita. Hijau pula warna alam ini. Tidak kurang dengan biru. Biru adalah warna laut.” Aku tersenyum. Itulah tahun terakhir aku bersekolah agama. Selepas itu, aku langsung tidak bersekolah agama sejak umur 10 tahun. Aku suka sekolah agama kerana aku suka mendengar ustazah berbicara di hadapan kelas menceritakan sirah Nabi. Ustazah begitu pandai bercerita dan aku tidak pernah jemu untuk mendengar bicara ustazah. Ah, ternyata aku sekarang sudah jauh tersasar. Kalau aku tidak mengikut fesyen zaman sekarang, aku akan digelar kuno! Itu yang aku takuti. Takut digelar kuno! Malam itu, aku mengenakan tudung labuh milik Aini, baju kurung seniorku, stoking seniorku dan stoking tangan rakanku. Kelakar bukan? Segalanya aku pinjam dari orang lain. Keluar sahaja dari dorm, ternyata ramai yang kehairanan melihatku. Tidak kurang juga yang terkejut dengan penampilanku. Ada yang bertanya tentang pakaianku, namun aku lebih rela berdiam diri. Tidak mahu memberi sebarang komen. Apabila aku menghampiri kelas, kelihatan ramai pelajar kelasku sedang menunggu kehadiranku. Tiga langkah, dua langkah aku hampir ke kelas. Rakan-rakan kelasku mentertawakanku. Aku jua turut tersenyum sahaja. Tidak mampu untuk bergelak ketawa bersama kerana aku kini adalah wanita bertudung labuh. Aku perlu menjaga peribadi sebagai wanita bertudung labuh. Aku terus sahaja melabuhkan punggung di kerusi. Tidak mahu melayan karenah rakan-rakanku yang begitu galak mengusikku. Salah seorang rakan lelaki sekelasku berkata, “Macam inilah baru yang dikatakan wanita mahal.” Kata-kata itu begitu terkesan dalam hatiku. Maksudnya, selama ini aku adalah murahan? Ya Allah, apakah yang telah aku lakukan? Aku menangis di dalam hati. Suatu perasaan yang tidak pernah aku rasakan ada dalam diriku ini. Aku berasa begitu selamat apabila memakai tudung ini. Aku berasa tenang. Hanya Allah yang tahu bagaimana syahdunya perasaan itu. Pada malam itu, aku hanya berdiam diri. Adam ada juga menoleh sesekali padaku, dia hanya tersengih melihat kelakuanku yang agak berbeza berbanding sebelum ini. Sungguh aku katakan, malam itu begitu bermakna dalam diriku. Kesudahan cabaran itu, aku tidak mendapat tujuh ringgit seperti yang dipertaruhkan. Aku tidak ingin mengambil pun duit itu andai mereka mahu memberinya kerana aku telah mendapat lebih dari tujuh ringgit. Jauh lebih bernilai dari tujuh ringgit. Berikutan malam itu, hatiku meronta-ronta untuk mengetahui tentang Islam yang telah aku ketepikan.Aku mula bersungguh-sungguh mengikuti program-program agama yang dijalankan di sekolahku. Aku juga turut mendekati al-Quran yang telah lama aku tinggalkan. Rakan-rakanku sentiasa ada di sisi untuk membantu. Adam pula aku masih rapat dengannya. Aku tidak pasti sama ada dia sedar bahawa dia telah membawa perubahan besar dalam hidupku. Aku masih ingat lagi tarikh itu, 16 November 2007. Aku pulang ke rumah dengan azam baru. Aku benar-benar bertekad untuk mengenakan tudung di kepalaku. Kenalanku pasti terkejut dengan perubahanku. Aku sudah meninggalkan pakaianku yang ketat menampakkan susuk tubuhku. Aku tidak lagi mengenakan pakaian yang boleh menampakkan susuk tubuhku. Aku mula mengenal rasa malu untuk memperlihatkan bentuk tubuhku kepada lelaki. Aku sudah memutuskan hubungan dengan teman lelaki dan tidak berhubungan dengan mana-mana lelaki. Aku juga sudah mula membataskan pergaulanku dengan lelaki. Terima kasih, Ya Allah. Tahun 2008, apa jadi dengan Adam aku tidak pasti? Kami tidak lagi berada di dalam kelas yang sama. Mungkin itu yang terbaik buat kami. Mana mungkin kami boleh berkawan rapat. Pada tahun itu jugalah yang menyaksikan perubahan dalam diri Adam. Hari demi hari berlalu, dia bukan lagi Adam yang kukenali dahulu. Dia kini seorang yang tamak pada jawatan. Adam juga bukan lagi seorang rakan yang ikhlas dalam berkawan. Apabila kami berjumpa pasti ada sahaja yang dia mahu meminta pertolongan. Dia kini berkawan apabila akan mendatangkan kebaikan buatnya. Aku dan Adam semakin renggang. Bukan aku seorang sahaja yang menyedari perubahan ini, malahan Fatin sendiri berkata, “Aku nampak sungguh perubahan kalian. Bagaimana kalian yang dulunya ibarat isi dengan kuku kini menjadi matahari dengan bulan, tiada lagi kelihatan seperti kalian boleh bersama-sama bergelak ketawa.” Aku hanya tersenyum mendengar celoteh Fatin. Dalam diam, aku mengiakan kata-katanya. Aku turut jauh hati dengan sikap Adam. Kami hanya bercakap apabila benar-benar ada perkara penting yang perlu kami uruskan memandangkan kami bekerja di dalam biro yang sama. Adam pula sudah banyak kali aku dengar membawa mulut yang boleh menimbulkan salah faham antara rakan-rakan lelaki di sekolahku. Yang terakhir kalinya, aku mendapat tahu bahawa dia telah mengkhianati rakan baiknya sejak dari kecil dengan menyebarkan cerita yang tidak enak kepada orang lain. Bermula daripada itu aku tidak lagi bertegur sapa dengannya. Jikalau kami bertembung di sekolah, kami ibarat dua insan yang tidak pernah mengenali antara satu sama lain. Aku tidak pasti sama ada aku boleh berkawan dengannya seperti dulu. Aku tidak tahu sama ada dia pernah bercerita tentang keburukan aku kepada orang lain. Adam juga telah dipulaukan oleh pelajar lelaki di sekolahku kerana dia sering sahaja mereka-reka cerita tentang orang lain. Aku sungguh tidak dapat menerima perubahan besar dalam dirinya. Kadang-kala, aku teringat kata-kata yang berupa janji darinya padaku. ‘Aku pentingkan kawan selain keluarga aku’. Aku benar-benar kecewa dengan dirinya. Dalam masa yang sama, aku terhutang budi padanya. Kerana dia aku terbuka hati untuk berubah. Jikalau tidak kerana cabaran tujuh ringgit itu, mungkin sehingga sekarang aku masih tidak memakai tudung dan pergaulan sosialku masih lagi bebas. Mesej-mesejnya sebentar tadi membawaku kepada kenanganku ketika tingkatan empat. "Dah tidur? Aku nak tanya sesuatu..."“Sudah terlelap kiranya. Mengapa?” “Ada perkarakah yang membuat kau marah padaku? Kau tidak suka padaku lagikah? Kita tidak seperti dulu, ketika tingkatan empat.” “Tingkatan empat sungguh berbeza. Kau tahu bukan waktu itu aku masih lagi jahil. Tiada perkara yang aku boleh marah pada kau. Tiba-tiba saja kau bertanya. Mengapa?” “Bukan apa, kita rapat ketika tingkatan empat. Sungguh menggembirakan. Sekarang, kadang-kadang kau seperti menyindir aku bila bercakap denganku. Mungkin ada mesej yang kau mahu sampaikan padaku.” “Kadang-kadang? Mungkin aku tersindir barangkali. Kau pun tidak kurang, banyak berubah ketika tingkatan lima. Aku tidak pasti sama ada aku seorang sahaja yang perasan tentang perubahan kau.”“Aku akui ketika tingkatan lima aku sudah berubah. Tapi sekarang aku sudah kembali seperti dulu. Maafkan aku. Aku rindukan ketika kita berada di tingkatan empat. Sangat seronok.” “Mungkin kau sudah belajar dari kesilapan. Aku juga rindu ketika kita di tingkatan empat dulu. Tapi untuk kita kembali berkawan seperti dulu, mungkin memerlukan masa. Kau selalu berbohong bila berkata. Kepercayaanku terhadap kau sudah musnah.” “Ceritalah padaku apa yang berlaku.” “Aku sudah lupa tentangnya. Engkau lebih tahu dari aku, bukan?”“Apa yang mampu aku lakukan lagi, Rina. Kau sudah tidak percaya pada diriku.” “Sesuatu yang normal, Adam. Tidak semua orang boleh percayakan kita. Aku pasti kita boleh kembali seperti dulu. Aku belum lagi dapat melihat diri kau yang aku kenal ketika kita pernah menjadi sahabat dulu.” “Baiklah. Aku tidak mahu memaksa. Sekurang-kurangnya aku sudah dapat memberitahu kau apa yang aku rasa. Terima kasih. Selamat malam.” Adakah aku telah melakukan dosa memutuskan silaturrahim? Tidak mungkin aku boleh mengembalikan persahabatan kami. Dia lelaki, aku perempuan. Ada batas yang memisahkan antara kami. Mana mungkin aku berkawan rapat dengannya. Aku sudah berjanji untuk berubah. Aku sudah berjanji untuk menjadi insan yang lebih baik. Janjiku bukan pada sebarangan orang. Aku berjanji pada TUHAN Yang Maha Esa. Hatiku berbisik, maafkan aku, Adam. Biarlah persahabatan kita berlalu begitu sahaja walaupun pahit. Aku percaya itulah yang sebaiknya buat kita. Semoga Allah memberi petunjuk yang terbaik

PeNgOrBAnAN seOrg IBU

Renungkanlah... "Nurse,boleh saya tengok bayi saya?"ibu muda yang baru bersalin itu bersuara antara dengar dengan tidak kepada seorang jururawat. Sambil tersenyum jururawat membawakan bayi yang masih merah itu. Si ibu menyambut dengan senyuman meleret. Dibuka selimut yang menutup wajah comel itu,diciumnya berkali-kali sebaik bayi tersebut berada dipangkuannya. Jururawat kemudian mengalihkan pandangannya ke luar tingkap. Tidak sanggup dia bertentang mata dengan si ibu yang terperanjat melihat bayinya dilahirkan tanpa kedua-dua cuping telinga. Namun gamamnya cuma seketika. Dakapan dan ciuman silih berganti sehingga bayi yang sedang lena itu merengek. Doktor bagaimanapun mengesahkan pendengaran bayi itu normal,sesuatu yang cukup menggembirakan si ibu. Masa terus berlalu...Pulang dari sekolah suatu tengahari,anak yang tiada cuping telinga itu kini telah memasuki alam persekolahan menangis memberitahu bagaimana dia diejek rakan-rakan."Mereka kata saya cacat," katanya kepada si ibu. Si ibu menahan sebak. Dipujuknya si anak dengan pelbagai kata semangat. Si anak menerimanya dan muncul sebagai pelajar cemerlang dengan menyandang pelbagai jawatan di sekolah. Bagaimanapun tanpa cuping telinga,si anak tetap merasa rendah diri walaupun si ibu terus memujuk. Ayah kanak-kanak itu bertemu doktor. Ayah kanak-kanak itu tidak mahu anaknya terus merasa rendah diri dengan keadaan diri yang cacat. "Saya yakin dapat melakukannya jika ada penderma," kata pakar bedah.Bermulalah suatu pencarian bagi mencari penderma yang sanggup berkorban. Setahun berlalu..."Anakku, kita akan menemui doktor hujung minggu ini. Ibu dan ayah telah mendapatkan seorang penderma, tapi dia mahu dirinya dirahsiakan," kata si ayah.Pembedahan berjalan lancar dan akhirnya si anak muncul sebagai manusia baru, kacak serta bijak. Pelajarannya tambah cemerlang dan rasa rendah diri yang kerap dialaminya hilang. Rakan-rakan memuji kecantikan parasnya. Si anak cukup seronok, bagaimanapun dia tidak mengabaikan pelajarannya. Pada usianya lewat 20-an, si anak menjawat jawatan tinggi dalam bidang diplomatik. "Sebelum berangkat ke luar negara, saya ingin tahu siapakah penderma telinga ini, saya ingin membalas jasanya," kata si anak berkali-kali. "Tak mungkin," balas si ayah."Perjanjian antara ayah dengan penderma itu masih berjalan.Tunggulah,masanya akan tiba.""Bila?" tanya si anak."Akan tiba masanya anakku," balas si ayah sambil ibunya mengangguk-angguk. Keadaan terus kekal menjadi rahsia bertahun-tahun lamanya. Hari yang ditunggu tiba akhirnya. Ketika si anak berdiri di sisi keranda ibunya,perlahan-lahan si ayah menyelak rambut ibunya yang kaku. Gelap seketika pandangan si anak apabila melihat kedua-dua cuping telinga ibunya tiada. "Ibumu tidak pernah memotong pendek rambutnya," si ayah berbisik ke telinga anaknya."Tetapi tiada siapa pernah mengatakan ibumu cacat,dia tetap cantik, pada ayah dia satu-satunya wanita paling cantik yang pernah ayah temui. Tak percaya...tanyalah pada sesiapa pun kenalannya." P/s:Kecantikan seseorang bukan terletak pada fizikal tetapi di hati.Cinta sejati bukan pada apa yang dilakukan dan dihebah-hebahkan tetapi pengorbanan tanpa diketahui. Selagi ibu kita ada di dunia ini, ciumlah dia, ciumlah tangannya, sentiasa minta ampun darinya, berikan senyuman kepadanya, bukannya dengan bermasam muka, kasih ibu tiada tandingannya, ingatlah SYURGA DI BAWAH KAKI IBU, penyesalan di kemudian hari tidak berguna, selagi hayatnya masih ada,curahkanlah sepenuh kasih sayang kepadanya

PaLeStIn...

Kumenangis Untuk Mu Wahai Negeri Yang Damai,Negeri Tempat Para SyuhadaYang Syahid Oleh Kebrutalan Sang Kafir Zionis,Negeri Tempat Bocah IntifadaYang Terbunuh Oleh Kebiadaban Israel Bengis,Negeri Suci Tiga Agama Wahai Baitul Maqdis,Kumenangis UntukmuWahai Negeri Yang DamaiTempat Desingan Peluru Dan Letusan Mortar ,Bagai Musik Pengiring MalamTempat Curahan Air Mata Dan Darah,Laksana Sungai Yang Mengalir DerasTempat Tubuh-Tubuh Berserakan ,Hancur Tak Bernyawa TempatSetiap Orang Menanti Cemas…Esok Maut Giliran Siapa???Dimanakah Kalian Yang SelaluBerkobar Tentang Perdamaian Dan KemanusiaanKala Ratusan Mayat BergelimpanganMemenuhi Jalan-Jalan GazaKala Rintihan Bayi-Bayi Tak BerdosaMenggema Di Gang-Gang RamalahKala Aroma Hangus Tubuh ManusiaMembumbung Di Udara RafahKala Israel Terang-Terangan MemperkosaDan Membumi Hanguskan Palestina Lihat...!Palestina Bersimbah Darah ....Palestina Sedang Sekaratrenung2kan lah whai pembaca yg ku kasihi skalian...

Wednesday 14 October 2009

PROGRAM RIMUP BERMULA

SKBK 13 OKTOBER-Pagi tadi,
Program Rimup bermula.
RIMUP tu bermaksud
RANCANGAN INTEGRASI
MURID UNTUK PERADUAN (kalo x silap)
Seramai 20 orang murid tahun 6 dari
sekolah kebangsaan batang kali terlibat.


Sebanyak 3 sekolah terlibat dan semuanya menghantar
20 orang murid .
Iaitu Sekolah Kebangsaan Batang Kali , Sekolah
Kebangsaan Kampung Kuantan dan Sekolah Jenis
Kebangsaan Tamil Batang Kali .

Seramai 4 orang murid 6Intan tergolong dalam
group itu:

syakir
ariff
zulfa
aisyah

tentang alif


Korang nak tahu x..........
Alif ada mak we bru............
Siapa?.........
budk apng pech........
aq pn x tahu nama ia.......
drjh brapa?.........
drjh 5.........
dlu ia suk suhada.......
karang dah 2kar.......
aq thu dri alif...............

(JANGAN MARAH NYE ALIF)